Contoh Soalan peperiksaan Online Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29

Anda telah mendapat panggilan menduduki Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam PSEE sebagai Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 ambilan Jabatan Sukarelawan Malaysia pada 19 Mac 2021 ini? Kami dari Tim Infokerjaya mengucapkan tahniah kepada anda yang mendapat panggilan Peperiksaan Online. Semoga anda melakukan persiapan yang terbaik supaya lulus dalam peperiksaan itu nanti.

Adakah anda masih tercari-cari cara membuat persiapan untuk menghadapi Peperiksaan Online ini atau masih lagi mencari contoh-contoh soalan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 yang bagus?

Anda perlu sedar dalam Peperiksaan Online sebelum ini contohnya Peperiksaan Pegawai Belia & Sukan, daripada 34549 calon yang menduduki peperiksaan hanya 338 orang sahaja yang lulus.

Kegagalan dalam peperiksaan ini telah memusnahkan harapan calon untuk dipanggil ke sesi temuduga apatah lagi mendapat lantikan jawatan yang anda impikan. Anda juga tentu tidak mahu situasi ini berlaku terhadap diri sendiri. Jika ini berlaku, anda kena ulang lagi sehingga panggilan peperiksaan seterusnya.

Adakah anda serius mendapatkan jawatan ini?

Jika jawapan anda YA, anda berada di halaman yang tepat. Semoga kunjungan anda ke halaman ini bakal mengubah masa depan anda dan mencapai impian yang diimpikan.

Jika anda perasan, kekosongan jawatan ini bukanlah banyak namun bilangan calon yang merebut jawatan yang tidak banyak ini terlalu ramai bukan ratus tetapi berpuluh ribu calon. Jadi anda kena bersaing dengan berpuluh ribu orang untuk merebut beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Oleh itu, jika sekiranya anda ingin lulus dalam peperiksaan ini anda perlu melakukan persediaan dengan sebaik mungkin, menjawab soalan-soalan latihan berkaitan seperti Penyelesaian Masalah, dan Kefahaman Bahasa Inggeris. Antara persediaan awal yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut :

  1. Mengetahui deskripsi tugas sebagai Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29.
  2. Melengkapkan diri dengan skema jawapan soalan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29.
  3. Mengetahui isu-isu semasa yang terkini berlaku dalam negara.
  4. Mengetahui berkaitan dengan hal-hal pentadbiran negara.
  5. Melakukan latih tubi menjawab soalan.

Calon Peperiksaan Online Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 yang sedang mencari nota-nota dan contoh soalan Peperiksaan Online (jawatan) boleh mengambil peluang mendapatkan contoh soalan yang diterbitkan oleh Tim Infokerjaya. Penerbit ini mempunyai pengalaman luas menerbitkan contoh-contoh soalan Peperiksaan Awam sejak 2009.

Masih tercari-cari bagaimana melakukan persiapan? Sebenarnya kan, nak lulus ujian online SPA ni, kuncinya adalah;

Buat latihan

Buat latihan

Buat latihan

Itu saja persediaan yang anda perlukan bila hendak ambil exam Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 di Jabatan Sukarelawan Malaysia nanti.

Anda kena bersaing dengan ribuan calon yang lain. Tapi.. bukan tu saja ada lagi 2 benda yang anda kena LAWAN;

1) MASA

Serius ni keluhan calon sebelum ni. Sempat jawab dalam 13 soalan sahaja. Yang lain HENTAM ja sebab masa dah nak abes. Dush dush dush!

2) OVER-CONFIDENT

Konpiden sebab rasa mudah. Tapi bila masuk exam terkejut tengok soalan. Lain macam soalan. Tak macam soalan yang dijangka. Maklumlah masa SPM dulu ‘scorer’. Tapi tu dulu, dah lama tinggal SPM kan :

Kunci persediaan anda masih satu.

BUAT LATIHAN.

BUAT LATIHAN.

BUAT LATIHAN.

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH/MATEMATIK

1. Tiga buah raga boleh memuatkan 91.5kg rambutan. Nisbah perbandingan berat purata satu raga buah rambutan kepada satu raga buah betik ialah 1:2. Berapakah berat bagi 2 raga buah betik tersebut?

A) 30.5kg
B) 61kg
C) 91.5kg
D) 122kg

2. Sehelai kertas berbentuk bulatan dipotong kepada 16 bahagian yang sama besar. Berapakah jumlah nilai sudut sektor (dalam unit darjah (°)) untuk 6 bahagian kertas tersebut?

A) 2.67
B) 135
C) 22.5
D) 225

3. Sebuah segi empat tepat mempunyai ukuran panjang 55.5m dan lebar 31.5m. Berapakah bilangan minimum bulatan berdiameter 1.5m yang boleh memenuhi permukaan segi empat tepat tersebut?

A) 776
B) 777
C) 1165
D) 1166

4. 12 buah raga dimuatkan dengan buah rambutan sehingga penuh. Kebarangkalian terdapat buah rambutan yang rosak ialah 1/75 iaitu sebanyak 3 biji dalam setiap sebuah raga. Berapakah bilangan keseluruhan buah rambutan yang elok dalam 12 buah raga tersebut?

A) 2700
B) 2664
C) 900
D) 225

5. Nisbah bagi bilangan permukaan berwarna ungu kepada permukaan berwarna kuning bagi sebuah kubus ialah 1:2. Jika luas bagi satu permukaan kubus itu ialah 36cm², berapakah jumlah keseluruhan luas (dalam unit cm²) permukaan kubus yang berwarna kuning?

A) 72
B) 108
C) 180
D) 144

6. Nilai integer terbesar bagi R yang memuaskan ketaksamaan R/5 > 15 + 3R ialah

A) -1.2
B) -5
C) -5.375
D) -6

7. Sebiji botol berbentuk silinder mempunyai ketinggian 25cm dipenuhi dengan gula-gula. Jika 5/12 daripada bilangan gula-gula di dalam botol itu berjumlah 65 biji. Berapakah bilangan kesemua gula-gula tersebut?

A) 156
B) 325
C) 677
D) 780

8. Linda bermain badminton 4 hari berturut-turut dalam tempoh masa purata 1 jam 45 minit sehari. Berapakah tempoh masa keseluruhan Linda bermain badminton dalam 4 hari tersebut?

A) 4 jam 45 minit
B) 5 jam
C) 6 jam 20 minit
D) 7 jam

9. 5 mililiter air di dalam sebuah mangkuk boleh tersejat dalam tempoh 3 minit apabila di letakkan di tengah padang pada waktu tengah hari. Berapakah masa yang diambil untuk 1/2 daripada 150 mililiter air akan tersejat di dalam mangkuk dan situasi yang sama?

A) 15 minit
B) 25 minit
C) 45 minit
D) 75 minit

10. Syamsul mempunyai sebuah tabung berisi wang yang jumlahnya bernilai RM355. Terdapat 20 helai wang 5 ringgit, 236 keping wang syiling 50 sen dan selebihnya wang syiling 20 sen. Berapakah jumlah kepingan wang syiling 20 sen?

A) 137
B) 274
C) 548
D) 685

Untuk koleksi lengkap contoh-contoh soalan berserta skema jawapan, anda digalakkan untuk mendapatkan rujukan contoh soalan Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29

Untuk makluman anda, jualan untuk contoh-contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 ini sudah dibuka untuk tempahan.

DAPATKAN CONTOH SOALAN DAN NOTA PENOLONG PEGAWAI PERTAHANAN AWAM GRED KP29 SEKARANG

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top