Menerusi kempen “Time for Amazing Discoveries,” pengembara boleh memilih pelbagai destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines sebagai gerbang ke Asia dan di luarnya.
PERHATIAN para pengembara! Malaysia Airlines dan Firefly melancarkan kempen global terbaharunya yang menawarkan pengalaman mengembara yang diperkaya dengan lebih menarik.
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, anda boleh menyambar peluang ini untuk menyingkap dan meneroka keindahan dunia pada harga tambang dan tawaran menarik yang menanti.
Menerusi kempen “Time for Amazing Discoveries”, pengembara boleh memilih pelbagai destinasi dalam rangkaian Malaysia Airlines sebagai gerbang ke Asia dan di luarnya, sambil menikmati keselesaan dan kemudahan di dalam penerbangan yang menyajikan ‘Hospitaliti Malaysia.’
Buat anda yang mencari pengalaman kembara premium penuh, tambang Kelas Perniagaan menawarkan kebenaran bagasi daftar-masuk lebih besar pada 40kg, kebenaran dua bagasi kabin setiap satunya 7kg, pilihan tempat duduk bebas, keutamaan ketika daftar-masuk, menaiki kapal dan bagasi, juga akses kepada ‘Golden Lounges’ di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bukan itu saja, anda juga boleh menikmati tambahan 5 peratus potongan untuk pembelian barangan atas kapal atau di laman web rasmi serta aplikasi mudah alih Malaysia Airlines untuk perjalanan sehingga 30 Jun 2024.
Sementara itu, Firefly didedikasikan untuk memudahkan perjalanan menerusi hab-habnya di Subang, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching.
Sama ada anda mahu menyusuri hiruk-pikuk kemeriahan jalanan kota Bangkok, melayan deruan ombak dan bayu pantai di Phuket, atau meneroka destinasi lain dengan pesawat Boeing 737-800 dan ATR72-500, nikmati pengalaman tanpa kerumitan bersama kebenaran bagasi 10kg serta minuman dan kudapan percuma di atas kapal.
“Kami berdedikasi untuk memudahkan peranan kami dalam menyediakan keterhubungan yang lancar kepada pelanggan kami sebagai gerbang ke Asia dan di luarnya.
“Menerusi kempen ini, kami menjemput pengembara untuk mengambil peluang ini dan memanfaatkan waktu ini untuk meneroka apa yang ditawarkan dunia.
“Kami kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan premium dari mula hingga akhir yang memastikan setiap perjalanan bersama kami menjadi bukan sahaja sebuah penerbangan, tapi sebuah pengalaman menyeluruh dipenuhi keselesaan, kemudahan dan Hospitaliti Malaysia yang tiada tolok bandingnya,” kata Ketua Pegawai Komersial Penerbangan Malaysia Aviation Group, Dersenish Aresandiran.
Untuk maklumat lanjut tentang destinasi yang ditawarkan dan harga tambangnya juga untuk membuat tempahan, layari laman web rasmi Malaysia Airlines dan Firefly, atau muat turun aplikasi untuk mendapat promosi terkini di mana sahaja pada bila-bila masa.
Berita asal – Astroawani