Panduan

Contoh soalan temuduga pembantu perawatan kesihatan U11

Tahniah kerana mendapat penggilan menghadiri temuduga sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan U11. Tinggal satu langkah sebelum anda menjawat jawatan yang diimpikan. Rasa gementar menghadiri temuduga Pembantu Perawatan? Jika anda mempunyai persiapan yang cukup, anda pasti datang ke bilik temuduga dan balik dengan senang hati.

Sekiranya anda masih tercari-cari panduan temuduga khusus untuk jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11, sila ambil perhatian terhadap perkongsian tips ini mana tahu perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda dan seterusnya memberi sinar masa depan dan keluara.

Tidak mungkinlah anda datang ke sesi temuduga sekadar suka-suka jika memang bercita-cita ingin menjadi Pegawai Perawatan Kesihatan. Jadi buat sehabisnya.

Soalan temuduga biasanya berkisar tentang kementerian, jabatan dan bidang tugas jawatan yang anda hadiri. Oleh kerana anda dipanggil menghadiri temuduga sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan sudah tentu ia berkaitan dengan Kementerian Kesihatan,Jabatan kesihatan. Jadi anda patut mengetahui misi,visi dan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia. Paling penting kena tahu peranan jabatan terutama sekali masa pandemik ini.

Soalan yang paling lazim ditanya kepada calon temuduga adalah anda diminta memperkenalkan diri. Selain itu calon juga akan ditanya sebab anda memohon jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan. Pastikan anda berjaya mengelak soalan perangkap psikologi.

Ramai calon temuduga gagal disebabkan calon itu sendiri semasa proses temuduga. Antaranya tidak berjaya menjawab soalan yang dikemukakan. Ini menyebabkan calon hilang keyakinan apabila ditanya ke soalan seterusnya.

Dalam temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan, soalan temuduga kemungkinan berkaitan ;

  1. Nama Menteri Kesihatan sebelum atau semasa.
  2. Nama pengarah Kesihatan semasa.
  3. Tanggungjawab KKM
  4. Isu semasa yang sedang berlaku dalam dan luar negara (COVID19)
  5. Maksud logo KPM
  6. Maksud dan bidang tugas klinik dan hospital.
  7. Contoh kempen kesihatan masyarakat.
  8. Soalan berkaitan kesediaan calon sebagai Pembentu Perawatan.

Dalam setiap bahagian ini tentu anda tidak dapat menduga soalan yang bakal ditanya. Ini adalah faktor kegagalan calon dalam sesi temuduga dan tentu ia menghancurkan impian ingin menjadi Pembentu Perawatan Kesihatan.

Jangan ulangi kesilapan orang lain..

Paling penting datanglah ke sesi temuduga dengan penuh keyakinan dan persiapan yang rapi. Jangan sia-siakan langkah terakhir ini untuk anda menjawat jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan. Tim Infokerjaya menerbitkan rujukan khusus temuduga Pembantu Perawatan Gred U11 telah membantu ramai calon sejak 2009. Rujukan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11 disusun berdasarkan pengalaman dan perkongsian para calon sebelum ini. Dapatkan rujukan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan sebagai rujukan persiapan anda menghadapi temuduga. Namun perlu diingat, mendapatkan panduan ini bukan jaminan untuk lulus. Ia bergantung juga kepada kesediaan dan keyakinan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *