Rujukan Exam SPA

Rujukan Peperiksaan Online PTD

Anda berada di sini kerana anda merupakan calon Peperiksaan Online PTD yang bercita-cita dan mahu menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Ia merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Sebagai teras perkhidmatan awam, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan juga badan-badan antarabangsa.

Syarat Kelayakan untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukanlah sesuatu yang semudah yang disangka. Oleh kerana itu, ia dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri. Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda.

Bagi calon layak untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian PTD menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan tersebut meliputi pelbagai bidang pengetahuan. Bagi exam tahun 2021, format telah ditukar dan tidak sama seperti sebelum ini. Format terbaru adalah seperti berikut: Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah. Seksyen C- Kefahaman Bahasa Inggeris.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik mempunyai tiga seksyen. Setiap seksyen disesuaikan dengan tahap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik yang akan menguji daya pemikiran calon. Oleh yang demikian persediaan rapi perlu untuk menjawab soalan supaya lulus dalam peperiksaan.

Antara faktor lain kegagalan calon ialah tidak tahu format soalan yang disoal dalam peperiksaan. Oleh itu calon PTD perlu mempunyai rujukan dengan format soalan terkini. Rujukan ini merupakan yang terkini untuk membantu calon PTD menghadapi peperiksaan nanti.

Untuk menjadi PTD, calon perlu lulus halangan Peperiksaan Online PTD. Itu halangan awal anda. Calon tidak layak akan disisihkan melalui halangan peringkat awal.

Jika anda mahu lulus Peperiksaan Online PTD, Ambil semua 160 Nota Ringkas yang
sudah disusun berdasarkan soalan PTD yang pernah keluar sepanjang tahun 2009 – 2020. Untuk peringatan! Ini bukan ‘nota ramalan’, tapi sebagai senjata persediaan exam PTD anda 8 JULAI nanti.

Pegawai Tadbir Diplomatik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *